Sinaran Jasad Hitam
Jasad hitam ialah suatu jasad yang akan menyerap kesemua panjang gelombang cahaya dengan sempurna tanpa pantulan dan memancarkan juga kesemua panjang gelombang apabila berada dalam keseimbangan haba. Natijahnya, semua sinaran yang dipancarkan oleh jasad ini terhasil dari dirinya sendiri kerana tiada pantulan. Bintang-bintang memiliki sifat ini.
Rumus terbaik yang memerihalkan taburan cahaya yang dipancarkan oleh bintang ialah hukum Planck. Ada pun begitu, pelajar Fizik lazimnya diajar tentang dua cubaan lampau ialah hukum taburan Wien dan hukum Rayleigh–Jean bagi mengetengahkan kepentingan hukum Planck. Perkembangan tersebut boleh didapati dalam bahagian sejarah. Selain itu, hukum sesaran Wien yang memerihalkan puncak graf serta hukum Stefan–Boltzmann yang memerihalkan luas bawah graf juga adalah dua hukum yang penting berkaitan sinaran jasad hitam.