Tentang Penulis

Murthadza bin Aznam ialah graduan Sarjana Muda Fizik Gunaan di Universiti Kebangsaan Malaysia angkatan majlis konvokesyen sesi 2020/2021. Beliau berkecimpung dalam dunia penulisan sains popular sejak 2016 melalui pelbagai saluran. Selain itu, beliau pernah menyunting di MajalahSains untuk tempoh yang singkat pada tahun 2018 dan pernah menterjemah beberapa penulisan sains.

Buku ini, Catatan Fizik Teori: Mekanik Kuantum, merupakan catatan penulis sepanjang belajar Mekanik Kuantum di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebahagian besarnya merupakan catatan daripada kuliah Mekanik Kuantum. Namun begitu, ada bahagian yang ditokok tambah daripada pembacaan peribadi penulis yang dirasakan perlu diulas.