Persamaan Schrödinger
Hukum 1 (Persamaan Schrödinger)
Pertimbangkan suatu zarah berfungsi gelombang \(\Psi(x, t)\) yang merambat dalam medan keupayaan \(V(x, t)\), maka sifat zarah tersebut tertakluk pada persamaan berikut: \[ \frac{-\hbar^2}{2m}\frac{\partial^2}{\partial x^2}\Psi(x, t) + V(x, t)\Psi(x, t) = i\hbar\frac{\partial}{\partial t}\Psi(x, t) \]
dengan maksud bahawa…
simbol | maksud | nilai |
---|---|---|
\(\hbar\) | pemalar Planck palang | \(1.054571817...\times 10^{−34}\) J\(\cdot\)s |
\(m\) | jisim zarah | pembolehubah tidak bersandar |
\(x\) | kedudukan | pembolehubah tidak bersandar |
\(t\) | masa | pembolehubah tidak bersandar |
\(V(x, t)\) | keupayaan | fungsi bersandar \(x\) dan \(t\) |
\(\Psi(x, t)\) | fungsi gerlombang | fungsi bersandar \(x\) dan \(t\) |
Pertimbangkan suatu zarah berfungsi gelombang \(\Psi(r, t)\) yang merambat dalam medan keupayaan \(V(r, t)\), maka sifat zarah tersebut tertakluk pada persamaan berikut: \[ \frac{-\hbar^2}{2m}\nabla^2\Psi(r, t) + V(r, t)\Psi(r, t) = i\hbar\frac{\partial}{\partial t}\Psi(r, t) \]
dengan maksud bahawa…
simbol | maksud | nilai |
---|---|---|
\(\hbar\) | pemalar Planck palang | \(1.054571817...\times 10^{−34}\) J\(\cdot\)s |
\(m\) | jisim zarah | pembolehubah tidak bersandar |
\(r\) | kedudukan dalam 3 dimensi | pembolehubah tidak bersandar |
\(t\) | masa | pembolehubah tidak bersandar |
\(V(r, t)\) | keupayaan | fungsi bersandar \(r\) dan \(t\) |
\(\Psi(r, t)\) | fungsi gelombang | fungsi bersandar \(r\) dan \(t\) |
\(\nabla^2\) | operator Laplace | \(\frac{\partial^2}{\partial x^2} + \frac{\partial^2}{\partial y^2} + \frac{\partial^2}{\partial z^2}\) |