ยซ Bunyian Melayu ยป ๐Ÿ“ุจูˆฺฝูŠุงู† ู…ู„ุงูŠูˆ ๐Ÿ’ฌ

PERIHAL

Ini merupakan projek sampingan untuk menambah kefungsian aplikasi perkamusan ๐ŸŒŠ Samudra ๐ŸŒŠ.

Bunyian Melayu merupakan projek untuk menerapkan sistem tatabunyi bahasa secara beraturcara. Sebagai sistem untuk melengkapi perisian perkamusan, projek ini bermanfaat dalam skop-skop berikut:

  1. Ejaan
    • Perkataan yang didaftarkan dalam kamus boleh disemak menepati sistem ejaan.
    • Ejaan istilah baharu boleh ditentusahkan tanpa bergantung pada data kata sedia ada.
    • Suku kata perkataan boleh dicerakinkan secara automatik.
    • Perkataan-perkataan asing (yang tidak mematuhi sistem ejaan bahasa Melayu) dapat ditapis dari ayat yang rojak.
    • Perkataan yang sama boleh ditukar-tukar cara ejaan mengikut sistem ejaan berbeza.
  2. Perubahan Bunyi
    • Ada masanya sebuah bunyi berubah sifat berdasarkan bunyi sebelum atau selepasnya. Contohnya, imbuhan meN- dan peN- mengubah suku kata awal perkataan selepasnya melalui penyegauan. Penyegauan tersebut boleh dilihat di rajah bunyi.
  3. Pembentukan Kata
    • Perkataan terbitan seperti imbuhan dan kata ganda boleh dihasilkan berdasarkan petua suku kata dan perubahan bunyi.